Showing posts with label #monolog jiwa. Show all posts
Showing posts with label #monolog jiwa. Show all posts
Thursday, 27 November 2014
Wake up
that distance
that space
the smells of guilty and ego waft alternately over me
and hunted by a feelings that have no vocabulary
dazed...
sober ...
the remarks left behind...
and--
.... 1, 2, 3... 1, 2, 3... lets eat instead of drink.
lets collecting more fat and be happy!
just forgive and forget!
Wake up and live!
Tuesday, 25 November 2014
Kisah
salahkah menegur sebab kisahkan
kisahkan sebab kasih
kasihkan sebab sayang
tak suka? tak apa
aku bukan siapa-siapa
terpulanglah
masing-masing sudah dewasa
tapi jangan nanti kau kisah pula
sebab aku dah malas untuk kisahkan apa-apa
Friday, 7 February 2014
hanya seketika cuma.
ah!
payahkah hanya untuk sekadar mendengar.
tak mahal; sekadar meminjam deria telinga yg setia.
tolonglah...
jangan sampai aku pekik; melolong macam polong.
tolonglah...
hanya seketika cuma...
Sunday, 20 October 2013
sembunyi dan cari
lari mencari sunyi.
seperti main sembunyi-sembunyi.
seperti main sembunyi-sembunyi.
menghadap bucu tepi.
menyendiri.
mengharap ada yang cari.
Friday, 27 September 2013
mimpi petanda
semalam bermimpi lagi.
seperti nyata.
plot yg berbeza.
tujuan yang sama.
berulang-ulang.
bila jaga-lupa,
tapi pasti,
itu mimpi yang sama.
itu mimpi yang sama.
petanda?
Friday, 20 September 2013
Ada?
saat kita gah mewah
dijunjung diangkat
dikipas-kipas
ada yang datang;
meyendeng- nyendeng
tapi...
saat kita jatuh terkulai
terlanyak-lanyak
tersadai
ada yang datang nak kutip?
Friday, 13 September 2013
Pernah?
hati orang yang kau kisah kan.
hati kau?
pernah kau tanya?
Wednesday, 11 September 2013
Pekik
Kau rasa ingin becerita.
kata lain; meluah rasa.mahu kongsi suka duka bersama.
tapi terkadang lidah ini rasa mati.rasa dengki. tak ngerti. simpul mati.terkubur sendiri...
takot menimbulkan rasa sakit hati. hanya minta simpati.
ah! benci perasaan ini.
pekik kuat- kuat.
cuma dalam hati.
Monday, 9 September 2013
Terus tuju
jika ada rasa yang tidak puas hati.
dan salah-laku.
jangan sembunyi-sembunyi.
terus tujukan saja.
jika tidak; sampai bila tak tahu.
tak belajar.
dan terus ulang lakukan itu.
Saturday, 7 September 2013
Hitung tokok tambah
hanya tinggal beberapa hari cuma.
menjadi berusia; seangka.
setiap tokoknya;
menolak baki bersisa.
terus ke depan.
setiap tokoknya;
menyentak penghitungnya.
yang masih tertinggal.
terkebelakang.
setiap tokoknya;
mendewasakan;
mematangkan dalam segala hal.
moga-moga;
hendaknya.
Friday, 6 September 2013
Gemok Vs Kurus
orang kata gemok itu bahagia.
tapi...
kalau kurus?
bermakna... tak bahagia?
begitu?
Sunday, 1 September 2013
Aku, Nota dan Network Security.
Time ni subject#NetworkSecurity.
Subject yg paaaaaaalingla aku worry. seb bek la lecturer tu 'baaaasaaaik hati'.
Alhamdulillah. Result aku dia bagi A. senyum hepi tak terperiii oiii.
tapi kalau die tengok nota aku cenggini.... lu pikirla sendiri.
Orang Visualize macam aku ni cpt bosan kalau subjek2 begini.
Orang lain tekun gigih menulis x henti -henti.
ada pula hanya telopong. merewang ke awan tinggi.
dan aku.. dengan dunia sendiri.
#throwback#takingnote.
notakaki:abaikan lukisan dan tulisan yg terlalu 'indaaaaahh' itu.
taking note is not my expertise.
Friday, 30 August 2013
Batu Perca
pernah kau rasa?
rasa itu~
carik2 perasaan itu menjadi perca.
dan jahit satu persatu menjadi batu.
campak jauh-jauh tiada siapa yang tahu.
itu cuma seketul batu.
seketul batu~
nota kaki:
tentang rasa yang kau tak suka, dan kau mahu lupa..
yang hakikatnya..
sebaliknya....
Bebas Kesepian
bingkisan di lorong - lorong utuh berliku, jalan pegangan
itu yang kau mahu..setiap titik mati dalam hati terus berlari.
menggigit bibir- bibir bertepi.
apa maksud mu?
ah! tak masuk akal.
Dulu bagai segalanya.
Bidadari sang memuja.
cacat cela sungguh sempurna.
janji manis madu gula.
tapi bila itu semua entah kemana.
berteleku.
deras berjujuhan...menyembah bumi.
satu persatu.. ah! bukan.beribu?ntah! tak pasti..
begelora sang hati yang lara.mencemuh segala keegoaan yang bermaharajalela.
rapuh dihunus sembilu pahit hempedu.
gigil menikus membungkam bisu.
mendongak ke awan, langit harapan.kelabu mendung berarak sepi.
pipih sayap terbang. melayang-layang tidak bertuan.
bebas kesepian....
kesepian......
notakaki :
tulis ikut rasa. melihat. mendengar. cerita2 mereka.
rasa bila ditinggalkan...rasa yg tak mahu dirasa.
Tuesday, 20 August 2013
Ngerti?
kadang tak semua benda perlu meminta-meminta.
dengar. bukan sekadar dengan telinga.
tapi perhati dengan mata hati
wanita ini tidak minta simpati. tapi dihargai.
ngerti?
Monday, 19 August 2013
Sending Failed
tulis.bebel.tekan-tekan. betubi-tubi.
berjogging. gigih.
satu persatu.
eh. sasul.
still....
undur.padam.
tulis semula.bebelan.tekanan. bermati-matian.
berlari. gigil.
berterabur.
ok. usul.
.........................
--gagal.
pffttttttttttt!@&!?#
Monday, 5 August 2013
lelaki
lelaki tak guna kata yuna
lelaki ini yang mencintaimu,
lelaki ini yang memujamu, kata anuar zain.
bagi aku,
lelaki.... kau sendiri lebih tahu.
Dengar ini.
terima kasih.
menerima dan memberi.
menyayangi dan membenci.
maaf.
terkadang tak beri reaksi.
bukan diri tak dihargai.
sayang.
biar perasaan ini disimpan sendiri.
takut untuk luah depan-depan.
takut nanti makan diri.
Serahkan saja pada tuhan.
Biar Dia tentukan.
cuma.
jgn pernah berhenti.
jika masih menyanyangi.
jgn menipu diri sendiri.
jika sudah membenci.
Wednesday, 31 July 2013
contengan nurani
aku cakarkan di atas kanvas itu.
perlihatkan segala keceramukan yang ada.
lesu.pucat.hambar
seteru beremosi.
pantas meluru.melulu
hasilnya buntu.
perlihatkan segala keceramukan yang ada.
lesu.pucat.hambar
seteru beremosi.
pantas meluru.melulu
hasilnya buntu.
Friday, 26 July 2013
tolong
tolong jangan samakan aku dengan dia.
tolong jangan bandingkan aku dengan dia.
tolong.
tolong jangan bandingkan aku dengan dia.
tolong.
Subscribe to:
Posts (Atom)