lama tak beborak di sini.rasa seperti kosong mata hati ini.
assalammualaikum.
hari ini biasa-biasa.cume migrain yang rindu dtg menerpa.tak perlu diduga.rutin biasa.panadol juga jadi penawar smentara.tak mau biasakan. takut ketagih. bila tak tahan tahap cipan. baru aku capai.
jadi aku khabarkan kisahku pada hari yang lepas-lepas saja lah ya.?
sehari sebelum hari ini (selasa):panggilan temuduga dari RHB bank sebagai Graduate Associate Program. lupa seketika bila masa aku jatuhkan resume ku pada mereka. abaikan saja. syukur kerana ada peluang kerja. banking? tersasar jauh dr bidangku. ah peduli. jangan memilih. grab apa sahaja depan mata.x semestinya kerja banking hanya perlu bermain dengan angka.(eh angka? aku suka) .mereka juga perlu maju memacu pecut selaras dengan kemodenan dunia. teknologi? IT?ya! jadi aku gagahkan juga kesana. walhal dalam hati ada seperca rasa tak x suka, x yakin yang aku tak khabarkan pada sesiapa. cuma terpacar rasa itu diwajah dan ibuku dapat membacanya. pergi sajalah katanya. cuba. pengalaman.kalau diterima.rezeki.alhamdulillah.
borang-borang dan online assesment pon aku baru siap isikan pada malam sebelumnya.
tak bersedia sebenarnya. at the same time berdebar-debar.tak tahu kenapa? bukan first time hadir temuduga.ntah!
*flashback*
sehari sebelum hari sebelum (isnin): pergi meng'usha'- jalan sekitar kota. mencari RHB center. di jalan TunAbdul Razak menurut peta.nasib baik siap di sisip map dalam jemputan temuduga itu. bolehlah menetelaah mencari jalan yang benarrr. maklumlah. aku ini tipikal wanita di dunia yang tak reti membaca peta. jalannya tiada beza semuanya nampak sama. jadi aku bawakan ibuku bersama. sebagai pemandu kedua.penasihatku. penujuk arah waktu terleka.padahal dua kali lima je. haha..
belajar dari kesilapan yang lalu. aku perlu mencari tempat bertemu dan duga itu shari awal terlebih dahulu. kalau dulu, aku selalu dtg menerjah ke tempat temuduga melulu. pada hari itu juga. hanya berpandu peta google yang aku sisipkan dalam memori kepala ku yang RAMnya tak berapa laju. alamatnya hancus..
dulu.awal juga gerak keluar dari rumahku. memandu vivaku. membelah lautan-lautan kereta. bodoh sombong. tak mahu dengar nasihat ibuku. 2 jam belegar2 diatas jalan raya mencari tempatnya yang sekangkang kera jaraknya.in the end temudugaku lebur begitu saja.
GPS?maaf aku tiada.aku tiada telefon smart seperti kamu-kamu. kalau ade. aku tak mahu terlalu berpandu. takut aku selalu bergantung harap. nanti takot2 bila tade. menggelabah tak tentu. takpe. biar sesat.salah. lama- lama belajar dan ingat. nanti kalau duk tumpu je kat GPS tu. pemanduan pon melulu. (GPS itu tidak boleh membaca jalan pintas, benar bukan?).
dengan bantuan penasihatku, abgku, dan signboard2 disitu. aku jumpa bangunan pencakar langit itu. besar. tinggi.oke.mudah untuk dijumpai lagi.
jadi tak perlu keluar terlalu awal. kerna tmpt yg hendak dituju.sudah dikenalpasti.
tapi...
tapi...
bersambung....
p/s: letih nak taip. akan di sambung.takot esok lusa tiada cerita pula..hehe.
No comments:
Post a Comment