P/s: maaf. da lame peram post ini. cuma x publish je..
insomnia seketika.sebak rasanya. tetibe. mungkin raye nk tiba?
well let cont cerita haritu sebelum terlupa.
****
tapi....
makku pesan agar. bertolak. awal2 pagi supaya x tersangkut dicelah2 kota. well aku titpkan pesan ibuku itu rapi takut kejadian sama berulang lagi.
*hari kejadian
aku keluar awal. ikutkan ibuku sesudah subuh dia mahu aku beredar. temuduga bermula jam 9.30. Ah! terlalu awal. tempoh hari aku pergi ke sana pun makan masa hampir 1 jam. jadi tak perlu tergesa2. lagi 10 min pukul 7 aku gerak keluar dari rumah. tetap.masih terlalu awal. terpaksa akur daripada mendengar bebelan ibuku pagi2.
memandu seperti biasa. kali ini yakin.sebab da kenalpasti jalan ke sana. tetap berwaspada. takut terleka. ntah ke mana- mana lorong nanti aku terjah. dek tertalu yakin x semena-mena.
Alhamdulillah. jalan x sarat. cuma riuh dengan deruman enjin2 dan hon2 menghidupkan suasana pagi di kota.lagi 10 min jam 8 sampai di destinasi. makk aihhhhhhh! sudah ku duga. awal! masih ade 1 jam setangah. kalau ku tau. inginku sambung tidurku. diuluit mimpi2 indah... terkulat2 aku di parking kereta. menggunggu jarum2 jam itu berlumba2 ke angka 9.
parking yang tdnya kosong mula dipenuhi jentera-jentera berenjin. mewah-mewah.mula berangan.macam-macam.tgk orang lalu lalang. macam-macam ragam.
mula da tak sabar. aku tekad untuk tggu di dlm.sekurangnya jimat minyak kereta. guna aircond opis saja. langkah ku rapi. takut2 diperhati. jumpa guard. ambil pass. naik di tingkat 11. besar. tinggi. batak seketika. tggu d lounge. sepi.sunyi. yang ada magazine n buletin mereka. ambil. baca. bosan da tak tahu nak buat apa.
tggu dan menunggu. sehingga jam 9.30. masih menunggu. sendiri. eh? mane yg lain? aku menjangka ada beberapa makhluk juga yang akan hadirvinterview itu bersama. sehingga datang seorang pekerja menanyakan dokumen2 yg perlu di bawa bersama. ah! ternyata mmg aku seorang saja akan diduga. bersedia. dan berserah.
saat nama aku di panggil. lutut semua ntah ke mana. longgar2 semua. tetap gementar. walaupun bukan kali pertama. gagahkan juga kaki ini melangkah pergi.
*sesi bertemu suda. hanya perlu di duga.
soalan lazim. "describe about yourself" itu semestinya. jawab macam biasa. macam-macam dia tanya. terkadang tersangkut-sangkut juga menjawabnya. sebab memikirkan ayat yang bukan bahasa ibunda.
aku tak menaruh harapan yang tinggi. bila dia mula perkatakan program ini untuk mereka-mereka yang masih segar."fresh graduates". mmg aku tak layak. tapi aku ambil ini sebagai pengalaman.yang bagi aku.itu lebih bernilai... buat bekalan untuk mengorak langkah ke hadapan.
bukan rezeki di sini. jangan mudah berputus asa. positive and keep smile (:
No comments:
Post a Comment