Wednesday 11 September 2013

11 September

tarikh ini. masih ingat lagi? apa yang terjadi?peristiwa tragis yg menggemparkan dunia. bagi yang tak pasti kau terjah pakcik google sana, pasti bnyk info tentangnya. bagiku, itu hanya cebisan packet yg menggodam memori RAM ku. yang aku kira ada lagi lebih bermakna buatku.

tarikh ini. aku berhutang nyawa, setong darah dengan bonda. yg gigih mengendong aku kehulur kehilir sembilan bulan lamanya. bersabung mempetaruhkan nyawanya; mahu aku mlihat dunia.yang setiap jerihnya penuh makna-terima kasih yg aku kira tak pernah cukup untuk balas setiap itu.
apa layak aku bagi tak terbalas sampai mati...
moga aku jadi anak yang mengerti.
mencukupi kekuranganmu.
menghiaskan tawa tiap dukamu.
meringankan berat tiap bebanmu.
menjadi penyeri hidupmu.
moga-moga. amin.
Selamat Hari Lahir Norhayati Borhan.
Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
Masa tidak menunggumu...
sampai waktu ajal menjemputmu...
dan tua mengejarmu...

oh ya! terima kasih pada mereka2 yang ingat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan dan  yang baik2 buat ku. (: terharu ;')

2 comments:

~~**ExYrA**~~ said...

Birthday atie ker?Happy Birthday atie :)

Yatt Borhan said...

aah kak (: tenkiuuu ^___^