Saya bercadang untuk menulis entri pada kali ini di dalam bahasa melayu, ini kerana saya rasa mungkin adalah eloklah kiranya saya berselang-seli menulis dalam dua bahasa yang berbeza. Kenapa? buat pengetahuan anda semua walaupun saya berbangsa melayu dan sepatunya fasih berbahasa melayu, saya juga akui yang bahasa melayu saya tidaklah begitu bagus. Mengapa saya kata tidak? Kalaulah bahasa melayu saya terlalu bagus mungkin saya sudah menjadi guru bahasa melayu sekarang ini ahahaha~
Pada sesiapa yang sedang membaca entri ini, anda dinasihatkan untuk membacanya dalam sebutan baku, ya! agar pembacaan anda dapat memberi impak yang lebih mendalam, lagi bagus kiranya anda membacanya dengan kuat!
Sebenarnya saya ada persoalan, terpulanglah pada anda hendak menjawabnya atau tidak. Sebenarnya lagi elok jikalau ada yang memberi respons, ini kerana dapatlah kita berkongsi dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat. Soalannya berbunyi begini, pada waktu bilakah anda rasa waktu yang paling sesuai bagi anda untuk memperolehi idea-idea baru? eh adakah saya terlalu skema? ok lah bagi, korang rasalah pada waktu bila korang rasa, that is the moment for idea-idea akan muncul. maaf kalau mencampur adukkan bahasa di sini, bukan tujuan untuk memerli sesiapa tapi i lebih prefer Manglish hehehe~ Manglish adalah satu medium for me to improve my englsih actually, but still saya masih ingat akan bahasa jiwa bangsa saya. jangan risau..
ok berbalik pada persoalan saya tadi.. eh adakah ianya pelik? for me lah kan, the best time for me to make those idea-idea tu muncul ialah waktu tido.. really, tak percaya? yea, btul its really help me a lot, especially when it comes to programming matter, really you should try, tak taulah kalau x berkesan kat orang lain, ahahaha~ but dont do it when you are really tired and really need to sleep, dah memang sure, you all penat dah tak boleh nak berfikir ape2, the method very simple, before going to sleep tu, just think about that matter, at the same time try to find the solution, how? huhu susah sket nak explain camner tu. ahahah~ pandai2 sendirilah yer, kalau bernasib baek even before you really really fall asleep you dah dapat dah.... huhu saya bukan nak ajar ajaran songsang tapi kadang2 inilah caranya untuk saya mendapatkan idea2 baru... secara tidak sengaja. hahaha~ bayangkanlah berapa kali korang kena tido kalau idea2 tu still x dapat2 ahahah~
Apa yang penting anda perlu bermohon dan berdoa padaNya setaip kali lepas solat agar dikurniakan otak yang cerdas supaya anda bolehla berfikir, dan agar di permudahkan segala urusan harian hendaknya. Ingat! segala kemudahan, kesenangan adalah kurniaaNya, jgn sekali-kali lupa padaNya. (Peringatan buat diri saya juga)
Status: cuba menyiapakn portfolio, tapi mata tidak mengizinkan, nampaknye esok jela sambung ahahaha~
Status: cuba menyiapakn portfolio, tapi mata tidak mengizinkan, nampaknye esok jela sambung ahahaha~
2 comments:
kenapa pagi yang gelap? hujan ke pagi tadi ?
ahaha~ saje je bubuh title cengitu ahaha~ sbb time post ni tgh2 pg bute hehehe
Post a Comment